Thursday, 26 April 2012

Hey..Kau Playboy tu...

Cingok Betul..mamat tu playboy besar kut..
peehh nasib aku tak terlibat dalam percintaan dengan dia..
per AYAT orang giler best..
CAEEEEEEYYYYYYYYY....kut..
siapa yang dengar mesti caiirr punya..serius..
Tapi KAU silap la..
aku bukan jenis mudah percaya kat kau ok..
aku dah siasat semua pasal kau...(dah macam  penyiasat pulak)
hahhahha...

Puas hati aku dapat tahu kau siapa...hahahha...
nak je aku khabrakan pada
seluruh pelusuk alam pasal KAU..
tapi aku tak sampai hati nak buruk burukkan kau...


tapi baik kau berubah sebelum aku
berubah fikiran ni..hahahahah

Jom Like picture ni

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=298487890228884&set=at.270565059687834.61605.250513828359624.100000656882138&type=1&theater
ni gmbar yang masuk contest,,,,,entah la siapa beliau ini

Jom like juga pixture Kira ni...masuk contest berhijjab pula...

JOM LIKE reramai

ni aku masuk contest baby comel..jom la LIKE ramai-ramai pix baby ni....
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=335235946530924&set=t.100000656882138&type=1&theater
ni la pixture baby tu...baby twins kut..susah nak dapat....
Klik Pautan di atas baru LIKE tau...


jom LIKE!!!

Wednesday, 25 April 2012

Aku suka matLukhfi speaking utara



LIsa Surihani comolot...

heheheh......Dengan Mia sara la..

Tahap kecewa lagi...

kipas kapal selam

Pantai Klebang Melaka

saya bangga jadai anak Malaysia

Kenapa aku uplod gambar -gambar ni....sebab nye aku rasa kecewa dan kecewa sangat-sangat sebab aku ada nak masuk contest LensaMalaya tajuk Silhouette ..tapi tak sempat nak hnatr sebab tarikh tutup dia hari ni....eee...aku tak tahu kenapa nasib aku  ni asyik tak baik je
aku kalau nak masuk contes mesti aku tahu ada contest tu akhir-akhir tarikh tutup dia...ee geram la...


dah la aku bagi je la korang tengok sudah...

cinta untuk shakira

Saya memang macam ni..
Jangan Paksa saya untuk berbicara
tentang CINTA dan PERASAAN..
saya tak berminat ...
Saya rasa saya masih muda untuk
Talk-talak about love..
above feeling-feeling bagai...
Please............macam Amir ckap dekat Zara dalam Vanilla coklat..

Kalau Sang Lelaki kat luar sana..
nak ajak aku couple bagai...
Not this Time...
aku tak nak..
tapi kalau hati aku tiba-tiba berubah untuk menerima anda...
itu bermakna hati aku dah berubah...

Tapi please la..

Kalau boleh aku nak kahwen terus je..
tak nak couple-couple...
bercinta selepas kahwen lagi best kut..
hehheh...

Thursday, 19 April 2012

Dara tu ape erk....

Assalamualaikum dan salam semua...ok kali ni aku tak tahu nak update apa-apa sebab tak de sanagt benda-benda yang nak kongsi ni..So aku search la kat google aku tekan la macam-macam...pastu aku terjumpa satu blog..iaitu Blog Akalemosi..dan bercerita pasal DARA..
aku baca la satu-satu dan aku rasa aku nak konsi la dengan korang apa yang aku baca ni....ok...



APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.


ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.
Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

jenis-jenis selaput dara

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?


Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.



APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?


Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan jimak buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan jimak buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan jimak untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Lelaki-lelaki kat luar sana sedar ok ....

Cerita seram bahagian 1


Assalamualaikum semua .....harap semua baik-baik je....Aku bersemangat hari ni bebe2 semua..masuk-masuk kerja terus update blog sebab ada cerita best nak kongsi ni...Ok semalam macam besa la aku pinjam brotband Jannah Rahman untuk hilangkan boring aku yang rindukan seseorang semalam(heheh...terasa la rindu sikit)..pas tu aku buka la Fb..aku online la....dalam pukul 3 cam tu la....Pastu tetiba ada soang mamat ni dia teks aku..macam besa la ayat2 awat perkenalan...

Hai..
salam
wat pe tu
leh gangu ke
napa tidur lewat...
pakwe orang mana...(ni ayat nak tahu aku ada pakwe ke tak g kan)ayat lelaki memang cam ni...hehhe



Ni y aku reply..:
Salam
Ngah 0n9 la
bleh je
sesaja tak ngantuk
Pakwe org PR...heheh

Dia balas balik
Rindu arrrkkkkk

ok masa dia cakap rindu tu aku malas la nak reply sebab ni mesti nak perayat aku i(heheheh) ..so wat tak tahu la...

Tapi dia duk teks lagi...
Awk..
awak..

Aku dengan mals aku reply le..
ye kenapa


Dia teks balik
Nak no fon bleh..


ni lagi la mals aku nak bagi...aku biarkan je la....

Pas tu dia teks aku ngan ayat dramatik cam ni
Awk saya ada masalah ni..antara hidup dan mati..please help me..i need someone....

Aku..
hidup dan mati...?
apasalm mamat ni...
wei kalu nak bunuh diri pun jangan la jadikan aku saksi...
aku pun past la no fon aku kat dia...
dan aku teks...

Awak saya nak of9 dah ni..salam...



terus aku tutup fb...aku relax-relax la duk layan tagged dan youtube..tiba-tiba.....




Cerita akan bersambung untuk entry yang akan datang.....


Cerita seram Bahagian 2

ok ni sambungan cerita seram .....

Ok..pas aku log out fb tu aku relax-relax la...tiba-tiba nset experia aku berbunyi..ok aku usha ..NO BARU..ok aku bleh deteck la sapa yang misscol tu..ok fine ..aku buat tak reti je la....

Pas tu dalam 5 minit pas tu...masuk lagi col,aku buat bodoh lagi sampai la yang col ke lima aku angkat....

Assalamualakikum awak.....
Waalaikumsalam..
Nak tidur dah ke..
belum g..tapi otw la...
Ok la tak pe(suara macam kecewa)
Awk ni kenapa ada problem ke...

............................................
............................................
..........................................
..(lama dia diam tiba-tiba..)
Awk kenapa perempuan suka main-mainkan perasaan lelaki...
Kedebukkkk....soalan tu kena kat aku..
Awk soalan awak tu subjektif la buka semua perempuan macam tu...
memang la..tapi entah la awak...saya tak tahu nak cakap apa(suara macam nak nagis)
awak cuba cerita apa yang jadi ni...

ex saya tinggalkan saya dengan alasan saya konkong dia tak bagi meseg ngan orang lain...
saya bukan tak kaci tapi cara dia layan SALAH..
dia coll mamat tu SAYANG..
.......................................
......................................
Saya tak tahu awak nak cakap apa lagi.(memang dengar suara dia sebak)


aku terdiam aku tak tahu nak cakap apa..
Awak sabar la...Allah nak uji awak tu..
Allah tahu yang awak kuat...
(tu je la aku bleh ckap time tu sebab aku tak tahu nak cakap apa)
Awak dah lama ke couple..

3 tahun awak..
semua apa yang dia nak saya bagi..
Dia janji saya macam-macam
tapi macam ni yang jadi...
Rasa macam nak mati je...

Alahai mamat ni berbicara pasal mati lak...
sabar awak..
awak hilang dia tapi awak still ada parent awk,kawan-kawan semua kan..

...................................
.................................
.................................
mamat tu diam jee....
Awak sebenarnye.... saya dah buat keputusan saya dah tak nak hidup lagi...

eehh awk jangan main-main..
bunuh diri bukan cara terbaik pun..
lari dari masalah bukan jalan penyesaian..

awk saya nak awak orang yang terakhir cakap ngan saya..
saya tak tahu knapa saya nak cakap ngan awak sebelum saya pergi..
saya dah berdiri betul-betul depan tali ni...

awak-awak sabar-sabar jangan buat kerja BODOH,NGOK cam tu..

kedebuukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........kedeganggggggggggggggggggggggggg.....................
(dengar macam kerusi jatuh)
.........................................
........................................
(Ya Allah mamat ni nekat ke..)

nset  macam terjatuh..dan terus diam..

eehh...Ya Allah betul ke ni..awk..awk..awak..




awk..
awk..
berkali-kali aku panggil ..tapi tak de jawapan..

awk
awk
awk..




ye...saya maaf ....
jatuh kerusi tadi..mama saya tarik telinga saya sampai terjatuh tak sempat nak bunuh diri ...
k la Thank awak..
(terus letak fon)
      ......


......................................................
......................................................
   OK

Ngok punya mamat..
nak jatuh jantung aku dia buat cam tu.
last2 dia jatuh kerusi..
mati2 aku ingt dia dah mati sebab bunuh diri...

uurrmmmm.....nasib2
pehhh....cerita ni betul-betul berlaku kat aku ..
Alhamdulilah mamat tu still hidup sampai sekarang..
just berada dalam kemurungan sebab Kangan sama awek dia...


Sabar la awak,,,

Mungkin itu bukan jodoh awak....








Wednesday, 18 April 2012

Landasan Cinta


Assalamualaikum  dan salam semua….waw aku dalam mod cinta ni..serius aku sedang dilamun cinta dengan seorang PILOT..hahah…tak de la..ni semua akibat aku tengok cerekaram kat tv 3 sabtu lepas..cerita dia mula-mula memang aku malas la naktengok sebab Syaz Jazzer yang berlakon ( aku bukan tak minat tapi tak berapa minat sangat dia berlakon)..tapi sebab kat rumah sewa aku ni ada tV3 je yang terang so aku tengok je la cerita tu.Tajuk dia Landasan cinta.Cerita ni memang best la aku bagi 3 bintang dari lima…heheh..sinopsis cerita dia cam ni…
Ada satu perempuan ni nama dia Nisa(Tasha Shila) dia ni memang obsess gila nak kahwen nagn Pilot..sebab dia cakap pilot tu hemsem dan Nampak macho bila pakai uniform putih dia tu.Pas tu satu hari dia dapat satu tiket dari majikan dia(dia ni kerja kilang je tapi high taste giler nak kah ni la dorang at pilot je..) g Perth Astralia.Masa kat Perth ni lk rasang jumpa..pas tu cinta-cinta kahwen..ahhh..mals la nak cerita synopsis dia..panjang lak rasa dia..hahahah..nah ni synopsis betul dia..hampa baca la….heheh..(tadi aku merapu je)


Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang tampan dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong. Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang riang namun seringkali gagal dalam percintaan.


Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin baru iaitu Shiela dan Hisham. Shiela merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Shiela lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Shiela juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering bertembung

Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Shiela telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Tanpa disedari,kedua-dua mula jatuh cinta..Namun Nisha tidak mahu mengakuinya,
Pulang ke Malaysia, Umar akan dijodohkan dengan gadis pilihan emaknya Shima,manakala Nisha bertukar ciri jejaka impiannya dari pilot kepada doktor.
Namun,kalau dah jodoh tak ke mana kan...Nisha akhirnya bersama Umar...
gambar ni aku curi kat google..tu buruk..



Ok cerita ni membuat aku teringat zaman aku couple ngan Pilot tu…zaman tu aku baru 18 tahun..couple pun 2 bulan je pastu putus..hahah sebab apa putus ..biar aku je tahu…tapi sekarang aku thu bukan semua nak kahwen nganpilot termasuklah aku..tapi alu dapat best gak..kalu pilot tu muka cam syaz jaze lagi  nak la..hahahahah..dah la..mals la merapu dah..Ok la tu je la nak g thu..Salam
                                                      


Tuesday, 17 April 2012

Catatan Gila

ASSALAMUALAIKUM dan salam satu Malaysia..harap-harap semua sihat...aku kali nk nak cerita pasal hati dan perasaan aku...


                                                 Serius aku suka dekat dia...
                                      Tapi macam besa la..
                                                  kalau aku suka kat orang tu....
                                        Mesti orang tu tak berapa suka kat aku...
                                        aku tak tahu kenapa...
                                              Myb memang macam tu kan lumrah alam...
                                              Orang yang suka kat aku lak...
                                      aku tak berapa suka lak...
                                                 Aduh so aku amik keputusan..
                                         Tuk diam dan ikut je...
                                                           Dan aku berusaha sehabis mungkin tuk dapatkan DIA
                                         Walau apa pun yang terjadi....
                                                         FULL STOP!!!!

Sunday, 15 April 2012

Sedar la diri tu sikit....


Assalamualaikum dan salam semua…harap semua sihat-sihat je…Firstly aku bukan nak melolong tak tentu pasal kali ni..tapi aku nak tegur sikit perangai seseorang yang bernama lelaki tunangan orang ni …Ok kali ni aku bukan nak bantai lelaki tapi aku geram kat soang mamt yang macam cooiii…Aku tak mension kat siapa-siapa myb kalau “KAU” baca mungkin kau tahu aku tulis ni kat kau..ye mmg kat kau…ok aku tak kisah kau dah bertunang dan nak berkawan dengan aku..ok aku fikir just kawan tak kisah la..tapi boleh tak kau tak yah nak cakap kau suka aku..kau cinta aku.,..kau berLOVe u..love u kat aku..aku tak suka la..kau sedar tau kau tu dah ada status TUNANG orang..kau sedar  tak..cuba TUNANG kau terbaca meseg kau kat aku..apa yang dia fikir…dia mesti cakap aku nak ayat kau tapi sebenarnya aku tak pernah pun bagi respon kat kau kan…Hello please sedar yang kau TUNANG orang k…lagi satu kalau aku tak angkat Fone kau ..kau tak payah la nak col-col aku banyak kali…baik kau col tunanag kau tu..kau sedar kan kau tu TUNANG org…aku ni jenis tak suka ganggu kebahagiaan orang ..aku tak nak jadi SETAN dalam hidup korang..kau Tu TUNANG orang k..sedar2….dah aku mals dah nak merapu-merapu dah..cukup…aku ngan GERAM NI…dah Wasalam…


Friday, 13 April 2012

Bila Rasa ini rasaku..Rasakan!!!

Assalamualaikum setelah sekian lam akau mencari ruang untuk mengupdate blog akhirnya aku dapat juga masa...ok tak blog kali ni...masa-masa akan datang aku update g ok...
Ok kali ni aku nak tulis sikit pasal apa yang aku rasa sekarang..ye memang aku rasa..entah kenapa aku rasa macam ni...aku pun tak tahu...mungkin ini memang rasa aku sekarang..(apa punya ayat la)...
Korang tahu aku sekarang rasa aku tak perlukkan Seorang lelaki dalam hidup aku..(means Boyfrend)..teeettt..kenapa aku cakap cam ni..entah aku pun tak tahu...Aku mengaku aku ramai kawan tapi sampai sekarang aku still tak sukakan hubungan yang serius...betul-betul aku tak suka..aku still rasa bila aku ada mak abah aku,family aku kawan-kawan aku aku boleh hidup..aku tak rasa dengan ada nya boyfrend tu aku akan bahagia sampai bila-bila..Ye aku ngaku kadang-kadang aku rasa sunyi tapi itulah fungsinya kawan..dengan kawan lah kira kongsi kesunyian...If susah korang nak percaya silakan sebab sekarang aku rasa aku nak berkawan dan terus kahwen je...itu lagi bagus..heheheh..dah la malas dah merapu lagi..salam...

Friday, 6 April 2012

Happy Birhday ke 20 Shakira


asslamualaikum..sebenarnya benda ni dah lama aku tulis tapi aku tak pos  kat blog ni je cus aku bz sangat.…aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Anis Nur nadirah,jannah rahman dan natrah satiam kerana telah membuat kejutan birhday aku pada malm 14  februari lepas.Ya Allah.... aku benar-benar teruja dan aku tak tahu nak cakap apa bila korang sambut birhday aku tu dengan kejutan macam tu.seriusly aku tak syak apa-apa pun sampai la aku meniup kak secret resipi yang korang beli tu…korang tahu juga kan favoride aku ni cam na…
Ni aku nak cerita balik krolonogi peristiwa bersejarah itu.
-hari tu hari isnin ann tak pergi kerja .aku ,jan ngan awie je g kerja naik taksi

-masa time lunch kami g Ferry( kedai roti yang famous tu).aku pun buat la ngada-ngada aku minta belikan kek-kek yang ada kat situ.tapi jan ngan awie buat deeekkk je..macam malas layan je.ok takpe-takpe

-pastu balik la kerja kan.bila sampai rumah tiba-tiba awie ngan jan kelang kabut nak g kedai pakcik yang jual goreng pisang tu cakap nak g beli makan-makan.aku cakap la napa tak suruh pakcik teksi tu berhenti tak yah la depa jalan kaki.tapi macam besa diorang bagi alasan yang wat aku percaya.ye la aku kan cepat percaya kadang-kadang tu

-malam tu aku lepak-lepak la ngan jan tengok tb pas tu ann tepon jan .tengah jan cakap ngan ann tu tiba-tiba jan cakap ann suruh buat air teh…ahhh..apasal lak..aku dengan berat hati p la buat air tu..yang best nye aku buat tu  tak buh gula sebab gula dah habis.

-hahah..pastu dalam pukul 11 ann balik…dia ajak keluar makan.tapi petang tadi dah makan dah.aku pun siap-siap la.ann bawa g satu kedai makan dia berhenti kat betul-betul tepi jalan besar gila .nak lintas memang gila susah la.dah tu bila dia hantar kat kedai tu dia siap tinggal aku ngn jan ngan awie kat situ dengan alasan nak g dating kat jeti merbuk.dan paling pilu hatiku bila ye suruh jalan g jeti tu pas makan.

-pas makan tu aku ngan jan ngan awie berjalan la kaki ke jeti tu.keadaan jalan tu masyaalh punyalah gelap.punyalah takut sampai aku pegang tangan jannah kuat snagat.

-sampai kat jeti tu aku tengok ramai lak kawan pakwe ann ni.ann datng kat aku cakap depa nak lepak situ.
pas tu tengah duk sembang-sembang tiba-tiba awie ajak g tandas.aku pun ikut la dengan susah payahnya.aku tunggu la wie berak.hahahha..pas tu masa nak kuar tandas tu ann pun masuk sekali dalam tandas tu.

-kuar la tandas jalan-jalan depan sikit..happy birthday to you..happy birthday to u..happy birthday to kira..happy birthday to u..Ya Allah aku betul-betul tak caya apa yang kawan-kawan aku lakukan ni..aku nangis kut sebab happy n terharu bila kawan-kawan aku buat kejutan macam ni..macam tak caya…serius aku happy..thank kawan-kawan..aku sayang korang..infinity..tak terkira..

-pas tiup lilin tu aku peluk soang-soang kawan-kwan aku…

-pas tu kitaorang makan-makn la..banyak sgt makanan..ada kek,bihun goreng,keropok n macam –macam lagi.kawan-kawan pakwe ann pun ada gak..dioranglah yang banyak wat lawak bodoh sepanjang party tu…

uuurrmmm….sekarang umur aku dah 20 tahun so aku bersyukur sangat-sanagt bila Allah masih izinkan aku bernafas di atas muka bumi ini disamping family –kawan-kawan n semua yang menyayangi  aku…...Amin

apa yang perempuan buat lelaki buat kat facebook...


Fakta benar  antara lelaki dan perempuan…
Korang mesti tahu kan laman-laman social yang ada kat dunia ni…contohnya twiter,facebook,tagget,myspace dan macam-macam lagi.dan korang tahu kan pelbagai jenis bangsa ,agama yang menggunakn laman social ini.ok sekarang aku nak huraikan apa yang lelaki manfaatkan facebook ni dan apa yang perempuan buat dekat facebook juga
.
STATUS
L-Kebanyakan lelaki tidak suka mengupdate status mereka kan.jika ada pun mesti berkenaan dengan bola,dengn benda-benda yang kelakar ,ngutup orang ataupun untuk memberitu apa yang dia buat hari-hari kan.

P-Perempuan suka menggunakn laman status ini untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.betul tak.kalau tak puas hati tulis kat facebook.kalau putus cinta pun  tulis ayat-ayat jiwang kat facebook kalau nak pergi jalan-jalan pun nak tulis kat facebook.ada yang sakit perut pun tulis kat facebook..hello gurl u tulis sakit u kat facebook sekalipun tak de sapa yang nak tolong la.aduhh tak de prevecy betul hidup dia kan.

Photo
L-ramai lelaki kat luar sana yang tidak suka menguplot gambar mereka kan.kalu ada pun gambar jersi .gambar motor gambar lepak dengan kawan-kawan jarang la lelaki uploang gambar-gambar mereka yang mereka snap sendiri kan.

P-Ni la tempat seseorang mempromot dirinya yang cantik tu.Snap gambar dekat-dekat uplond masuk fb.snap gambar kat taman,uplond masuk fb.pantang je ada gambar baru snap mesti masuk fb.betul tak.

Video:
L-jarang sekali lelaki menguplond video kan…sangat jarang..sebab lelaki mals nak tunggu time uplond video tu..lama gila kut…kalu share kat youtube sekejap je…
P-perempuan selalu kan tag video kat kawan-kwan dia.expecilly kat pakwe 
dia.hahah..dah tu tag lagu jiwang-jiwang…….

Profile picture
L-Kalau seseorang lelaki itu dianugerahkan muka yang hemsem dan ciut miut ala-ala jambu macam shaz jazle tu mungkin dia kan letak pic dia kat profile picture tu. kalu muka ala-ala tu .ala-ala juga la…hahhaha..lelaki susah nak tukar gambar profile dia.kalu sekali dia letak gambar tu..gambar tu la jadi profile dia seumur hidup kan...

P-hahhah…….besa la perempuan tiapa-tiap minggu tukar gambar Dp baru kan..yela cakap up to date kan…

Game
L-facebook digunakan oleh lelaki untuk bermain game.ini fakta yang benar sekali sebab banyak requas games ni dari facebook bernama lelaki kan

P-lebih suka melayan perasaan dari melayan game.

Relationship status
L-kebanykkan lelaki tak suka antar requas relationsgip kan perempuan kan.selalunya perempuan la nak tunjuk pakwe dia kat seluruh dunia.(kalu hemsem takpe beb)
P-Ye..saya lah yang paksa pakwe saya accept pemintaan saya tu.hahha

Facebook couple
L-rasanya tak de masa lelaki nak buat facebook cauple ni.siap buh nama sekerat lelaki sekerat awek dia…tudia-tudia depa je la yang ada pakwe kan.

P-permpuan memang suka buat macam ni.tu favoride depa.siap buh gambar p dating g.peluk-peluk sakan yang paling pelik ada gamabr tu awek dia ada :LOVE BITE: g kat tengkok dia pakwe dia lak slumber je peluk awek dia tu…………… …. geli kut…hahah

itu je la yang dilakukan oleh lelaki dan perempaun di laman facebook ni..walaupun jaringan facebook ni banyak kegunaan untuk kita semua namun kadang –kalanya kita mesti mempunyai batas dalam menggunakannya.jangan terlalu taksub dan percaya dengan apa yang terjadi didalam sana.sekian terima ksih.

Lelaki Vs Perempuan


1)Kebanyakan lelaki sangat suka berbicara tentang seks.Dan purata lelaki lebih cenderung untuk suka sex phone ataupun dalam bahasa kasarnya suka meseg or cakap blue dalam henset.betul atau tidak kaum adam semua.

 Berbeza bagi kaum hawa yang lebih berasa kurang selesa dan geli apabila diajk bebual kerana lelaki seperti ini  bakal direjek oleh wanita-wanita baik di seluruh dunia.Paham!!!!

2) Lelaki akan terus menyayangi sesebuah hubungan itu jika ia berterusan selama tiga tahun.so kepada sesiapa gurl yang dah couple lebih tiga tahun tu korang tak perlu risau sebab boy korang compom sayang korang je….

3)Perempuan akan cepat jatuh cinta kepada mana-mana lelaki yang menjadi pujaan hati dia walaupun hanya pada satu pertemuaan sahaja.

4)Lelaki akan cepat rasa bosan kepada wanita yang suka membebel.…betul tak?

5)seseorang perempuan yang tidak suka akan konminmen akan sentiasa mengaku single walaupun sudah mempunyai hubungan.

6) Perempuan akan cepat beremosi dan buat perkara-perkara pelik.Dan semua itu akan dikhabarkan diseluruh dunia.contohnya kalau gurl to bergaduh dengan boy dia.mula la gurl tu tulis status pelik-pelik,ayat-ayat jiwang dan kata-kata sedih dekat facebook.ini perkara benar dan anda pasti tahu kan.

7)Anda percaya tak lelaki akan mudah lemah jika perempuan yang dia sayang menangis dihadapan dia.so kepada gurl2 tu sekarang anda tahu kan senjata anda bila boy anda tidak mahu belikan sesuatu yang anda inginkan…..hehehe…nangis je kat shopping mall tu…

8)Lelaki akan lebih menyayangi kereta ataupun motornya dari awek dia sendiri.

9) Seseorang lelaki sanggup berubah dan melakukan apa sahaja untuk kekasih hati nya.

10) Sayang perempuan kepada sesebuah perhubungan yang serius ialah seperti menyyangi diri nya sendiri.sayang lelaki pula tunggu lepas kawen kan…betul tak kaum adam.








Ada apa Pada Nama


Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pengikut blog aku.Lama benar aku tak update blog kan.aku sebenarnya mals sebab pengikut aku tak seramai mana pun kan.tapi apa-apa pun aku still nak menulis untuk semua.Ada apa pada nama…tajuk pun dah dramatic kan..hahahah…excelly my nama  my full name NOR SHAKIRA BINTI SHAMSINOR…ya my name shakira.aku suka nama tu mengikut islam nama kau bermaksud <cahaya kesyukuran>..alhamdulilah..thank mak ngan abah bagi nama ni kat ira..hahah…
      sebenarnya aku nak cerita yang aku dulu time sekolah rendah..time aku baru masuk darjah satu sampai enam dulu aku benci sangat dengan nama aku ni…nak tahu sebab apa aku benci? …sebabnya budak-budak lelaki kat sekolah aku tu ejek aku dengan nama tu ..depa ejek kan,,contohnya….<kira Taik kambing><kira Taik ayam><nama je shakira tapi bodoh matematik>..dan paling aku benci orang ejek aku<kir…kir…kir..kir..kiraaaaaaaaaa taik lembu>peeeehhh panas betul time tu..masa tu aku masih diketogorikan sebagai budak baik sekolah g…so tak dak la nak gaduh-gaduh bagai..hahahah……kalu tak pancit la basikal budak yang ejek aku tu…
      Pas tu bila masuk tingkatan kan…..aku rasa time tingkatan satu dengan dua tu…kawan-kawan aku tak panggil lagi pun dengan nama shakira…depa panggil aku syakir…expecilly syakir tu nama arwah adek aku …soa aku tak kisah la depa panggil syakir….hahahha……masuk tingkatan empat dengan lima aku masuk dalam kelas sain. Time tu kawan-kawan aku mula panggil aku <Shark>.hahahah..ganas tak…ganas tak…hahahah….aku rasa kawan –kawan aku panggil shark sebab aku time sekolah dulu kasar la jugak tak feminim cam sekarang…(heheheh…gelak malu-malu kucing).Masa sekolah menengah aku memang nakal la….memang tak dapat dinafikan lagi..hahahah..panggilan shark tu masih digunakan oleh kawan-kawan aku yang kat negeri Perak.
      Selepas habis sekolah menengah kan aku ditawarkan ke politeknik kat perlis.Pas tu semua kawan-kawan aku panggil Kira..heheh..nampak feminine kan…hahah…aku memang lemah lembut pun..wa cakap lu..kahakhakahakah….sebenarnya aku sanagt-sanagt suka pada nama shakira ni sebab bunyi dia macam universel kan…bagi aku nama tu sanagt penting..kalau boleh aku nak orang panggil nama full aku siap ngna nama bapak aku..orang cakap tu sebagai doa kan…so bila orang cakap Shark jahat,shark bodohke aku tak kisah sebab shark tu bukan nama aku pun tu just panggilan untuk aku je kan….uuurrmmm..
      kepada kawan-kawan aku yang aku sayangi..korang mesti mempunyai nama yang cantik kan..yela tak kan parent korang nak buh nama ampa pelik-pelik pulak kan..so sayangilah nama anda seperti anda menyayangi diri anda..assalamualaikum…


Sang Pencinta


Aku tak perlukan lelaki yang macho dan hemsem rupanya cukuplah sekadar soleh beriman dan mempunyai sikap yang baik


aku tak perlukan lelaki yang ada kereta semahal-mahal audi cukuplah sekadar kereta proton yang boleh membawa aku kemana-mana sahaja


aku tak perlukan rumah sebesar banglo cukuplah sekadar rumah teres yang dapat melindungi aku


aku tak perlukan lelaki yang berkerjaya sebagai doktor ataupun angineer cukuplah sekadar mempunyai kerja yang dapat menampung hidup(tapi kalau dapat tu bagus gak)


aku tak perlukan lelaki yang berkerjaya jika sikapnya yang kurang ajar.lebih baik aku menerima seorang pekerja kilang yang baik budinya


aku tak kisah orang panggil awak tak hemsem tapi saya akan kisah kalau orang cakap awak kurang ajar


saya tak kisah orang cakap awak tak de ijazah atau diploma haya ada spm sebab saya akan terima awak seadanya….so tak payah nak bandingkan diri dengan orang lain k….